Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2010

Pasar gantung Tawau dan 12 kedai terbakar

Sejumlah 64 peniaga hilang sumber pendapatan selepas lot gerai mereka yang menjual pelbagai barangan termasuk kraftangan dan pakaian di Pasar Gantung musnah dalam kebakaran di Jalan Stephen Tan, di Tawau awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 4.41 pagi itu, api marak dengan cepat sehingga merebak ke bangunan dua tingkat bersebelahan menyebabkan 12 kedai menjual pelbagai barangan termasuk sebuah hotel bajet turut terbakar.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Pegawai Bomba Kanan 1, Faisal Ahmad. berkata daripada jumlah 12 kedai, lima musnah sepenuhnya manakala tujuh lagi terbakar 50 peratus.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.50 pagi dan  tiba di lokasi dua minit kemudian dengan 25 anggota bersama empat jentera.

"Operasi pemadaman mengalami kesukaran disebabkan tekanan air rendah di kawasan tersebut dan pihaknya terpaksa mendapat bantuan Jabatan Bekalan Air untuk menghantar lori tangki  air sebelum kebakaran dapat dikawal, katanya ketika dite…

Pelajar rakam aksi lucah di surau

KUCHING: Belumpun reda isu aksi panas artis Indonesia, Ariel dan Luna, orang ramai di negeri ini digemparkan pula dengan penyebaran adegan seks oral membabitkan dua pelajar Tingkatan Dua di Bintulu, Sarawak.

Lebih memeranjatkan pelajar terbabit yang berpakaian sekolah melakukan adegan seks oral di surau sekolah mereka, dengan klip videonya disebarkan secara meluas melalui internet dan telefon bimbit mulai awal bulan lalu.
Malah, lencana sekolah juga dapat dilihat pada tudung pelajar perempuan yang sudah menanggalkan kainnya, manakala pelajar lelaki yang berdiri dipercayai merakam adegan itu sendiri menggunakan telefon bimbitnya.
Menurut sumber, kejadian itu berlaku ketika semua guru menghadiri mesyuarat hujung tahun dengan kehilangan mereka tidak disedari rakan lain.

Aksi itu dipercayai dirakam, tahun lalu, namun ia hanya tersebar melalui internet, baru-baru ini, katanya kepada Berita Harian, semalam.

Difahamkan, pelajar wanita itu sudah berpindah lain ke sekolah di Kuching akibat ter…

Singapura diminta ampunkan Yong

Presiden Singapura SR Nathan dan kerajaan republik itu diminta memberi pengampunan kepada seorang rakyat Malaysia, Yong Vui Kong, 22, yang dihukum mati kerana kesalahan mengedar dadah di negara itu tahun lalu.

Ngeow Chow Ying, penyelaras Kempen Selamatkan Vui Kong anjuran bersama Jawatankuasa Hak Asasi Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram), berkata Yong mungkin digantung bila-bila masa selepas 26 Ogos ini jika rayuan pengampunannya ditolak.

Yong dari Sabah didapati bersalah pada 7 Jan tahun lalu kerana mengedar 47gm dadah kawalan jenis diamorphine. Rayuannya yang difail pada 1 Dis tahun lalu telah ditolak.

Ngeow berkata semua rakyat Malaysia perlu menyokong rayuan oleh Yong kerana ia bukan satu isu kaum.

Katanya satu kempen mengumpul tandatangan orang ramai dan wakil rakyat akan dijalankan dan hasilnya diserahkan kepada presiden Nathan agar beliau mengampunkan Yong.

- Bernama

Ustaz kena cekup khalwat

Lelaki ditemui berdua-duaan dengan isteri orang dalam bilik hotel murah

ALOR SETAR: Seorang ustaz berusia 39 tahun dicekup berkhalwat dengan seorang wanita yang juga isteri orang di sebuah hotel murah di Taman Teja, Changlun, dekat sini, tengah hari kelmarin.
Lelaki itu ditahan sepasukan anggota Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu ketika ditemui bersekedudukan dalam sebuah bilik hotel itu kira-kira jam 1 tengah hari bersama wanita terbabit yang berusia 36 tahun.
Click Here
Serbuan itu turut dibantu sepasukan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) di kawasan perumahan itu selepas mendapat maklumat mengenai kegiatan maksiat pasangan terbabit di hotel murah terbabit.

Difahamkan, lelaki itu sudah mempunyai isteri dan mempunyai lima anak yang masih kecil, manakala pasangannya mempunyai suami serta seorang anak.

Sumber berkata, ketika serbuan itu, pintu bilik hotel berkenaan dibuka seorang lelaki yang lengkap berpakaian dan dia terkejut apabila melihat kehadiran anggota penguatkuasa pej…

Benarkah bahan api di Malaysia paling murah?

Harga bahan api di Malaysia memang murah. Malaysia juga adalah negara yang memberikan gaji yang paling rendah dan sebab itulah bahan apinya mahal.

Di Malaysia masih ada rakyat yang dibayar gaji serendah RM7.00 sehari atau RM210.00 sebulan. Kalau tidak percaya,tanyalah buruh-buruh ladang kelapa sawit.

Malaysia adalah negara yang menjual pelbagai jenis barangan yang sangat mahal la. Tengoklah kereta buruk proton yang dijual dengan harga yang sangat tinggi. Cuba tanya di Brunei, berapa harga sebuah Toyota Vios??.

Bagi saya bahan api di Malaysia adalah yang paling tinggi di dunia jika dikira dengan pendapatan penduduknya.