Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2010

Pasar gantung Tawau dan 12 kedai terbakar

Sejumlah 64 peniaga hilang sumber pendapatan selepas lot gerai mereka yang menjual pelbagai barangan termasuk kraftangan dan pakaian di Pasar Gantung musnah dalam kebakaran di Jalan Stephen Tan, di Tawau awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 4.41 pagi itu, api marak dengan cepat sehingga merebak ke bangunan dua tingkat bersebelahan menyebabkan 12 kedai menjual pelbagai barangan termasuk sebuah hotel bajet turut terbakar.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Pegawai Bomba Kanan 1, Faisal Ahmad. berkata daripada jumlah 12 kedai, lima musnah sepenuhnya manakala tujuh lagi terbakar 50 peratus.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.50 pagi dan  tiba di lokasi dua minit kemudian dengan 25 anggota bersama empat jentera.

"Operasi pemadaman mengalami kesukaran disebabkan tekanan air rendah di kawasan tersebut dan pihaknya terpaksa mendapat bantuan Jabatan Bekalan Air untuk menghantar lori tangki  air sebelum kebakaran dapat dikawal, katanya ketika dite…

Datuk Khalid Mohd Jiwa beli plat KCT 1 RM66,550

ALOR SETAR: Suami penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin menjadi pemilik nombor pendaftaran kenderaan KCT 1 dengan nilai bidaan RM66,550, semalam.

Berdasarkan senarai nama yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, nama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa disenaraikan sebagai pemenang bagi bidaan untuk memiliki nombor emas itu.
Selain Khalid, 192 nama lain yang membida nombor pilihan masing-masing menggunakan pendaftaran KCT turut disenaraikan dengan KCT 1 muncul nombor pendaftaran yang mempunyai nilai paling tinggi.
Semalam, akhbar ini melaporkan penyanyi terkenal itu menjelaskan beliau bukan pembida utama nombor pendaftaran kenderaan berkenaan seperti yang dilaporkan akhbar sebelum ini.

Sebaliknya, pemenang Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 2009 itu memberitahu pembida sebenar yang dimaksudkan adalah suaminya sendiri


kredit : berita Harian online

PDRM, hospital antara 10 agensi terbanyak terima aduan

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM), hospital, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen adalah antara 10 agensi atau jabatan kerajaan yang paling banyak menerima aduan pada tahun lalu.

Turut tersenarai ialah Jabatan Kerja Raya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Pelajaran negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Tenaga Nasional Bhd dan Telekom Malaysia Bhd.
Dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, berkata jumlah aduan yang diterima 10 agensi itu ialah 3,553 kes atau 41 peratus daripada sejumlah 8,694 kes.
Beliau menjawab soalan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam).

Koh berkata, agensi yang berurusan secara langsung dengan rakyat lebih berpotensi menerima lebih banyak aduan berbanding agensi lain yang skop tanggungjawabnya lebih terhad.

"Dalam konteks ini PDRM adalah agensi kerajaan yang menerima aduan tertinggi berbanding agensi yang lain," katanya.

Beliau berkata,…