Posts

Showing posts from May, 2010

Inspektor polis kaki buli pengguna jalan raya?

Kredit : Sabahkini.net

GEJALA rasuah yang berleluasa di kalangan anggota dan pegawai kanan polis menyebabkan mereka semakin kurang ajar dan gagal menjaga imej PDRM yang selama ini dikaitkan dengan pelbagai salah laku jenayah dan kekerasan.

Terbaru, seorang pegawai polis, Inspektor Razali telah mencemarkan imej PDRM apabila menunjukkan isyarat lucah (menunjukan jari hantu) kepada seorang pemandu ketika memotong sebuah kereta Toyota SR di Batu 11, Jalan Apas sekitar jam 11 pagi, 31 Disember 2009 dan menunjukkan sikap bengis dan kasar kepada orang awam.

Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Citra Masadi (gambar) ketika menghubungi wartawan Sabahkini.net di Pantai Timur Sabah berkata, beliau kesal dengan kejadian dan kekasaran yang dilakukan oleh Inspektor Razali yang ‘membuli’ pengguna jalan raya.

“Walaupun siapapun dia, perlakuan menunjukkan isyarat lucah kepada orang awam dan menunjukkan kad kuasa dan menyalahguna kuasa polis adalah keterlaluan. Saya anggap…

Musa Aman Diarah Istihar Harta?

KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman yang mendakwa mempunyai harta bernilai RM300 juta sebelum dilantik sebagai Ketua Menteri Kabinet ‘April Fool’ pada 1 April 2003; kini dipercayai mempunyai harta lebih USD 3 bilion telah diarah secara mandatori Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengistiharkan harta melalui notis yang diserahkan kepadanya pada 29 April 2010.

Mengikut Notis berkenaan yang disampaikan kepada Musa Aman di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang mula dikuatkuasa pada 1 Januari 2009;

Seksyen 36. (1) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, seorang pegawai Suruhanjaya yang berpangkat Pesuruhjaya dan yang lebih tinggi, jika dia mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai, berdasarkan penyiasatan yang dijalankan oleh seseorang pegawai Suruhanjaya, bahawa apa-apa harta dipegang atau diperoleh oleh mana-mana orang hasil daripada atau berkaitan dengan suatu kesalahan di bawah Akt…

Sorry PDRM... silap sapu

Image
Kenderaan rasmi Khalid ‘dipulang’ selepas dua hari dilarikan..

PETALING JAYA: “Sorry PDRM... silap sapu,” demikian nota ringkas ditinggalkan penjenayah dalam kenderaan rasmi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang ditemui semula pagi semalam selepas dilaporkan dicuri di Seksyen 9, Shah Alam dua hari lalu.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi, berkata Proton Perdana V6 berwarna hitam itu ditemui kira-kira jam 8.45 pagi semalam di tepi jalan di Prima Damansara menghala ke Sungai Buloh.
“Ia ditemui anggota peronda (MPV) dari Balai Polis Damansara ketika melakukan rondaan rutin di taman perumahan itu yang turut ditugaskan mengesan kereta berkenaan sejak dilaporkan hilang di Shah Alam, Khamis lalu.

“Difahamkan, kereta itu ditemui dalam keadaan baik tanpa sebarang kerosakan atau ada komponennya hilang. Malah, tiada pengubahsuaian dilakukan pada nombor pendaftarannya seperti yang biasa berlaku pada kereta curi,” katanya.

Bagaimanapun, agak mel…