Sabah dan Sarawak adalah antara negeri yang kaya dengan minyak dan hasil mahsul bumi tetapi pada masa sama antara negeri termiskin di Malaysia.

Selain kedua negeri tersebut, Terengganu juga antara negeri yang kaya dengan hasil minyak dan tergolong antara negeri termiskin di Malaysia. Mengapa..? Tidak lain tidak bukan hasil kekayaan negeri ini telah diratah dan dikaut dengan rakus oleh mantan Perdana Menteri (PM) Tun Dr. Mahathir (kini penasihat PM, Najib) selama lebih 20 tahun malah ada yang mengatakan ianya lebih lama dari itu semata-mata untuk menyiapkan Putrajaya dan Cyberjaya yang sehingga kini tidak siap-siap.

Namun, bukan itu isu yang penulis ingin ketengahkan di sini tetapi adalah kekayaan dan budaya kronisme serta rasuah kedua-kedua ketua menteri tersebut yang pernah dilaporkan kepada Polis dan BPR yang sehingga kini tiada perkembangan lanjut. Mari lihat fakta berikut.

Rasuah Ketua Menteri Sabah, Musa Aman

1. Musa Aman Menggunakan pengaruhnya meluluskan kontrak Penswastaan Skim Bekalan Air Sandakan Fasa 11 kepada syarikat proksinya City Best Corporation Sdn Bhd. Kontrak bernilai RM 450 juta (Baca: Duit Rakyat Sabah) itu diberikan kepada syarikat berkenaan walaupun tanpa pengalaman dan modal untuk menggerakkan projek tersebut.

2. Musa Aman Memanipulasi pengaruhnya ke atas Jabatan Kerjaraya (JKR) Sabah agar menganugerahkan kontrak penyelenggaraan jalanraya di Sabah kepada syarikat proksinya Globanico Sdn Bhd. Projek selama 15 tahun itu bernilai RM 600 juta diberikan tanpa tender terbuka.

3. Musa Aman Mendesak Kementerian Kerja Raya memberikan projek membina Jalan Donggongon-Papar Spurs kepada syarikat proksinya Kenatex Sdn Bhd. Projek 200 juta itu juga tanpa tender terbuka.

4. Musa Aman Menekan Menteri Kewangan Noor Mohamed Yaacob agar membatalkan projek membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) bernilai RM 800 juta kepada yang telah diluluskan kepada Ting Pek King dengan menyerahkan projek itu kepada syarikat WCT Sdn Bhd yang juga syarikat kroninya

5. Musa Aman Mengarahkan Yang di Pertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) agar melantik syarikat yang ada kepentingan dengannya Sagajuta Sdn Bhd bekerjasama dengan Warisan Harta Sabah Sdn Bhd membina Kompleks membeli belah bernilai RM 1 billion, suatu angka yang cukup besar.

6. Musa Aman meluluskan Konsesi Kayu Balak di Benta Wawasan kepada 18 Syarikat Kroninya tanpa tender dan penjualan Kayu Balak Bulat Yayasan Sabah di bawah harga pasaran kepada syarikat proksinya.

7. Beberapa hari lalu, salah seorang Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT)keADILan mempersoalkan perlantikan Mohd Hasnol bin Ayub, 44 sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Pembangunan Sabah (IDS). untuk rekod, Hasnol ialah anak kepada abang kandung Musa Aman iaitu Datuk Ayub Aman yang turut menjadi Pengarah Suria Capital Berhad dan Pengarah Urusan Jahsia Construction Sdn, Jahsia Sdn.Bhd, Pengarah Sabah Port Sdn.Bhd, S.P.Satria Sdn.Bhd, Pengarah Hikmat Bumimaju Sdn.Bhd dan menjadi Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah sejak 2004.

Rasuah Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud

1. Taib Mahmud dikatakan menyogok RM 32 juta dalam kes berkaitan kayu balak di Sarawak seperti yang dilaporkan oleh akhbar Japan Times.

2. Keluarga Taib Mahmud memiliki kepentingan perniagaan besar di Sarawak sejak berkuasa selama 26 tahun lalu. Eksport kayu balak di Sarawak dikuasai oleh kerajaan negeri melalui Dewaniaga Sarawak yang diterajui oleh adik Taib Mahmud

3. Syarikat Cahaya Mata Sarawak (CMS) yang berkepentingan dalam bidang perbankan, kewangan dan pembinaan dimiliki oleh isteri Taib Mahmud, Laila.

4. Laila turut memiliki 27 juta saham dalam syarikat pengeluar Simen, CMS.

5. Anak Taib Mahmud turut memiliki saham dalam syarikat CMS bernilai 22 juta.

6. Pada 15 April lalu Bernama melaporkan, anak syarikat CMS, iaitu CMS Land Sdn Bhd menerima surat anugerah bagi kontrak bernilai RM232 juta. Kontrak tersebut adalah bagi pembangunan dan pembinaan bangunan ibu pejabat Sarawak Energy Bhd di Isthmus, Kuching

Secara peribadi, Penulis menyokong usaha pembangunan demi rakyat Sabah dan Sarawak kerana itu adalah hak mutlak rakyat di kedua-dua negeri tersebut.

Malah, menjadi tanggungjawab mana-mana manusia yang diberikan amanah untuk memimpin melaksanakan tanggungjawab dengan amanah dan adil pada semua pihak.

Tetapi, penulis amat tidak setuju dengan tindakan kedua-dua KM tersebut yang mengutamakan kekayaan diri dan kroni melebihi kepentingan rakyat.

Lupakah mereka kepada Abdullah, Menantu dan kroni? Yang menjadi punca kejatuhannya? Ataukah mereka buat2 lupa? Jika Abdullah terpaksa melepaskan jawatan lebih awal, akibat desakan pihak berkepentingan, tidak mustahil kedua KM ini akan menimpa nasib yang sama.

Bukankah sejarah sering berulang? Sejarah adalah suatu panduan dan iktibar untuk manusia zaman kini, tetapi manusia tidak suka mengambil pengajaran daripada sejarah tetapi lebih suka mencipta sejarah yang akhirnya memakan diri sendiri.

Pelik Tetapi Benar

Suatu yang pelik apabila SPRM memejam mata berkenaan rasuah kedua-dua KM Sabah dan Sarawak yang juga pengerusi BN negeri masing-masing. Sedangkan pada masa bersungguh-sungguh untuk menyiasat hingga ke lubang cacing Menteri Besar Pakatan Rakyat di Selangor, Khalid Ibrahim dalam isu pemberian lembu kepada masjid di sekitar Kuala Lumpur. Ternyata SPRM, PDRM dan Jabatan Peguam Negara telah dilembukan oleh BN dalam perkara ini. Jelas, kedua-dua KM Sabah dan Sarawak ini sama sahaja dan bersifat dua kali lima atau lima kali dua.

Jika Benar

Islam hadhari menghalalkan perbuatan terkutuk mereka. UMNO menghalalkan perbuatan terkutuk mereka.Umno adalah sahabat rasuah.

Rasuah Musah Aman

Selain daripada pihak pembangkang, dikalangan umno Sabah juga memperkatakan rasuah yang di lakukan oleh Musa Aman. Ada yang mendakwa Musa Aman mempunyai aset sebanyak 500 juta di luar negara. Musa Aman juga dikaitkan dengan penghapusan etnik Iban yang diusir di Ulu Merotai Landau dan kaum Kadazandusun di Andrassey.



http://www.sabahdaily.com/2009/04/senarai-rasuah-km-sabah-sarawak/

2 Comments

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

  1. Biarlah mereka kaya di dunia ini. Di akhirat belum tentu. Tidak halal juga kalau duit rakyat mereka makan.

    ReplyDelete
  2. Biarlah mereka kaya di dunia ini. Di akhirat belum tentu. Tidak halal juga kalau duit rakyat mereka makan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.