Gempar juga sebab remaja yang ditembak baru berusia 15 tahun. Pihak media sudah menyiarkan begitu dan begini tentang remaja ini, dipihak keluarga remaja ini pula menafikan. Laporan bernama memetik "Norsiah Mohamad, ibu kepada Aminulrasyid Amzah, remaja yang ditembak mati awal pagi semalam ketika didakwa cuba melanggar beberapa anggota polis, meminta supaya Allahyarham anaknya tidak digelar penyamun atau penjenayah kerana beliau lebih mengenali siapa sebenarnya anaknya itu.."

Teori saya mengapa polis tembak

Suspek kononnya melarikan diri menyebabkan polis berasa marah dan salah satu cara melepaskan kemarahan adalah melepaskan tembakan. Itu naluri setiap manusia,apabila gagal menangkap seseorang, apa juga benda yang dicapai akan dibaling ke arah orang yang dikejar. Jika pistol dalam tangan,tembakanlah yang dilepaskan. Dalam kes ini polis tiada alasan mengaitkan remaja itu penjenayah kerana dia tidak melakukan jenayah semasa ditembak.

Mengapa remaja melarikan diri?

Saya tidak pasti sama ada remaja ini mempunyai atau tidak lesen memandu. Jika tidak ada lesen memandu,mungkin itu salah satu sebab dia melarikan diri. Mungkin remaja ini memang kebetulan mahu beredar ketika polis sampai di lokasi. Cermin tertutup mungkin menghadkan pendengaran amaran polis.

Mengapa rakan remaja melarikan diri?

Panik dan tidak mahu mati ditembak seperti yang dialami oleh rakan karibnya.

Bagaimana dengan parang dalam kereta?

Saya tidak pasti sama latar belakang remaja ini sama ada orang senang atau sebaliknya. Jika sekiranya keluarganya mempunyai latar belakang pekebun, sudah tentu ada seseorang ahli keluarga terlupa mengeluarkan parang itu dari kereta. Apa yang saya baca di dada akhbar, remaja ini memang mempunyai hasrat membersihkan kubur arwah ayahnya.

Rumusan

Saya tidak menghakimi sesiapa. Biarlah pihak polis melakukan siasatan. Andaian saya berdasarkan kepada naluri diri sendiri.

Akhir sekali

Kes polis menembak orang tanpa diketahui kesalahannya bukanlah perkara baru. Sebelum ini pun saya pernah terbaca seorang doktor ditembak mati oleh polis semasa berdating dalam kereta.

p.s : Ramai orang awam melarikan diri apabila ada sekatan polis. Biasalah road tax mati, tiada lesen....

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.