Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2010

Pasar gantung Tawau dan 12 kedai terbakar

Sejumlah 64 peniaga hilang sumber pendapatan selepas lot gerai mereka yang menjual pelbagai barangan termasuk kraftangan dan pakaian di Pasar Gantung musnah dalam kebakaran di Jalan Stephen Tan, di Tawau awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 4.41 pagi itu, api marak dengan cepat sehingga merebak ke bangunan dua tingkat bersebelahan menyebabkan 12 kedai menjual pelbagai barangan termasuk sebuah hotel bajet turut terbakar.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Pegawai Bomba Kanan 1, Faisal Ahmad. berkata daripada jumlah 12 kedai, lima musnah sepenuhnya manakala tujuh lagi terbakar 50 peratus.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.50 pagi dan  tiba di lokasi dua minit kemudian dengan 25 anggota bersama empat jentera.

"Operasi pemadaman mengalami kesukaran disebabkan tekanan air rendah di kawasan tersebut dan pihaknya terpaksa mendapat bantuan Jabatan Bekalan Air untuk menghantar lori tangki  air sebelum kebakaran dapat dikawal, katanya ketika dite…

Golongan berpendapatan tinggi didakwa miliki rumah kos rendah di Taman Sri Rugarding

* PENDUDUK Taman Sri Rugarding, Tuaran mendakwa wujud golongan berpendapatan tinggi layak memiliki rumah kos rendah di perumahan berkenaan.

Pengadu ketika menemui ActionLine menyuarakan kekecewaan beliau berhubung insiden yang berlaku di Taman Sri Rugarding. Beliau mendakwa bahawa situasi yang berlaku seolah-olah menindas golongan yang berpendapatan rendah.

“Rumah di taman ini bernilai RM30 ribu sehingga RM40 ribu sebuah dan kami membayar bulanan sebanyak RM149. Melalui harga ini, jelas sekali perumahan ini adalah rumah kos rendah yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu golongan kurang berkemampuan seperti kami,” ulas beliau.

Beliau mendakwa bahawa ada pemilik rumah di perumahan tersebut tergolong daripada mereka yang berstatus dan berpendapatan tinggi. Rumah yang dimiliki oleh golongan ini tidak diduduki sebaliknya disewakan kepada orang lain.

Pengadu menjelaskan bahawa perjanjian rumah di perumahan tersebut menetapkan bahawa rumah yang dimiliki oleh pembeli tidak boleh disewak…